Kalau tak kerana berita hangat pasal telur tiruan hari nie. Sampai kesudah, saya tak tahu .. telur ayam pun boleh diciplak. Ingatkan barang-barang elektronik je. Nie tak .. telur ayam pun kena jugak. Tak sangka betul !....ni smoo cinanye keje....
Tadi .. search kat Google. Rupa-rupanya .. pengeluaran telur ayan tiruan nie memang dah lama. Paling lama yang saya dapat kesan .. tahun 2008. Huh ! .. memang lama. Cuma sekarang nie je mula dikesan memasuki pasaran Malaysia.
Kenapa telur tiruan dicipta?
Sebabnya .. satu je ! Wang ! Menurut dari apa yang saya baca. Nak buat telur tiruan nie. Harganya lebih murah berbanding harga pasaran semasa. Kalau dalam Yuan .. nak buat satu telur nie. Cuma 0.55 Yuan/kg berbanding 5.6 Yuan/kg untuk telur sebenar. Jadi nak jimat kos .. jalannya mudah je. Buat yang tiruan.
Macam mana telur ayam tiruan dibuat ?
Nak tahu .. korang tengok gambar-gambar kat dibawah nie.
Perbezaan telur ayam tiruan dengan yang sebenar ?
Telur ayam tiruan .. kalau digoreng seperti gambar dibawah. Gelembung-gelembung kecil akan kelihatan disekelilingnya. Selain itu .. rasanya pun lain. Lebih sedap dari biasa ! Kulit telur ayam pula .. lebih senang dipecahkan. Tapi .. nak check .. macam mana ye ?
Cara mengenal telur tiruan:
-Selepas telur dipecahkan, putih telur dan kuning telur akan segera bercampur.
-Cangkerang telur tiruan agak berkilat berbanding telur sebenar, tetapi tidak begitu ketara.
-Apabila disentuh dengan tangan, ia terasa ...agak kasar berbanding telur sebenar.
-Apabila telur tiruan digoncang ia akan berbunyi kerana air berlebihan daripada bahan pepejal.
-Telur sebenar agak berbau seperti daging mentah.
-Ketuk-ketuk sedikit telur itu. Telur sebenar berbunyi lebih rapuh berbanding telur tiruan.
-Selepas memecahkan telur tiruan, kuning telur dan putih telur akan cair bersama. Ini disebabkan kuning telur dan putih telur dihasilkan daripada bahan mentah yang sama.
-Ketika menggoreng telur tiruan, kuning telur akan mengembang tanpa disentuh.
"peiharelah ayam sendiri supaya anda tidak termakan telur tiruan.....wkakakakaka"
No comments:
Post a Comment