“Jangan sebut Pagan”
Apabila kita menyebut “Pagan”, sesetengah masyarakat akan
beranggapan Pagan ataupun Paganisme adalah penyembah berhala kepada patung,
batu dan pokok dan menganggap kehidupan seorang Paganist adalah kuno dan
ketinggalan zaman.
Sesetengahnya juga mengatakan “kamu seorang Pagan mempunyai banyak
Tuhan disembah dan jika kamu bukan seorang Kristian, Islam, Buddha dan Hindu,
kamu adalah seorang Pagan. Pendek kata, jangan panggil saya Pagan dan jangan
guna perkataan Pagan di dalam perkataan kamu. Ini menunjukkan perkataan Pagan
seolah-olah merupakan satu senjata yang berbahaya digunakan oleh seorang
pahlawan untuk menjatuhkan musuhnya.
Justeru itu, sesetengah masyarakat telah menggunakan perkataan
alternatif seperti agama asal ataupun agama tradisi dengan tujuan supaya
Paganist tidak dipandang rendah oleh masyarakat.
Akan tetapi sejauh manakah pemikiran dan perspektif masyarakat
terhadap Pagan berubah walaupun kita tidak digalakkan untuk menggunakan
perkataan ini?
Dari sudut renungan secara individual, saya ingin mengatakan bahawa
pemikiran dan perspektif seseorang akan berubah sekiranya dia memahami siapakah
itu Pagan ataupun Paganisme dan bagaimana nilai kehidupan sebenar mereka dengan
lebih mendalam. Saya tidak melihat penggunaan perkataan Pagan akan menjejaskan
maruah, menindas dan merendah-rendahkan martabat seseorang kerana perkataan
Pagan digunakan secara universal oleh seluruh masyarakat dunia dari sejak
dahulu lagi.
Penggunaan perkataan ini bergantung kepada pemahaman dan perspektif
seseorang individu apabila mengutarakan dan membincangkan topik ini.
Apakah itu Pagan?
Christopher King dari University’s Archaeology Department mengatakan
bahawa “Recent archaeological studies of paganism highlight that Paganism was
not a formal religion with fixed doctrines and rules, but a very varied set of
beliefs and practices through which local communities interpreted their world. Selain itu, Marawolf of the Covenstead di
dalam penulisannya pula mengatakan bahawa “Pagan is an umbrella term covering
many different religions and belief systems, it is a spiritual way of life that
rooted in the ancient nature religion. It is also sometimes referred as “The
Old Religion”, pre-Christian religion. Pagan may practice different religions
based upon their geographical location or cultural background”.
Pagan juga dirujuk sebagai “Polytheistic Religion” dimana mereka
mempercayai banyak “Gods and Goddesses dalam penyembahan. Menurut definisi oleh
nenek kepada penulis blog yang saya temui pula, Pagan merupakan kepercayaan
yang diwarisi turun temurun dari nenek moyang dan menganggap pagan itu bukan
agama kerana walapun saya seorang Kristian tetapi saya ada hak untuk
mengamalkan kepercayaan ini.
Melalui perkongsian saya dengan seorang aktivis di Jogjakarta yang
aktif dalam mempertahankan hak-hak budaya masyarakat Jawa mengatakan bahawa
Pagan adalah suatu agama dasar dimana ciri-ciri asas Pagan yang menggunakan objek,
simbol di dalam penyembahan mereka juga terdapat di dalam agama-agama seperti
Kristian, Buddha dan Hindu.
Contohnya, agama Kristian menggunakan patung Jesus dan Maria
didalam gereja. Begitu juga dengan agama Hindu dan Buddha dimana Hindu
menggunakan patung Dewa Siva di dalam kuil dan Buddha menggunakan patung Bharma
di tokong.
Ciri-ciri asas Pagan ini telah diadaptasikan dan diubah suai
mengikut kesesuaian kepada agama-agama popular ini. Oleh itu, Kepelbagaian
dalam pendefinisian ini menyebabkan persoalan “apakah itu Pagan” susah untuk
dijelaskan secara terperinci.
KESIMPULAN
Kunci yang termudah untuk memahami maksud dari paganisme adalah
konsep dari kepercayaannya dan faktor sejarah dibelakangnya yang sangat
berkaitan dengan ritual-ritual yang dilakukan, paganisme bukanlah hal yang
asing dalam kehidupan kita namun sangat asing jika kita mencuba untuk
membedahnya, kerana semakin banyak yang kita tahu justeru semakin bertambah
ketidak-tahuan kita, yang terpenting adalah mencuba untuk memahaminya dengan
begitu semua hal yang kita tahu boleh kita susun dan diletakkan ditempatnya
masing-masing.
No comments:
Post a Comment