puah dok sajo

Sunday, February 14, 2010

JAUHILAH DOSA

Jauhilah dosa !
Dosa adalah kemurkaan Tuhan,
Tinggalkanlah dosa,
kerana ia adalah hijab
Di antara hamba dengan Tuhan,

Larilah dari dosa !
Kerana ia menghijab rahmat dari Tuhan,
Jangan sekali-kali buat dosa,
Di dalam perjuangan terhijab bantuan,
Kita akan berhadapan dengan dua kehinaan,
Kemurkaan Tuhan dan kekalahan,

Orang yang berdosa
Orang yang sedang karam di dalam lautan,
Bukan senang hendak diselamatkan,
Orang yang berdosa
Seperti ular yang besar sedang membelit seseorang
Menunggu hendak ditelan,
Orang yang berdosa
Laksana singa yang galak hendak menerkam,
Bukan senang hendak lepaskan diri dari cengkamannya,

Orang yang berdosa
Seorang yang sedang dipeluk oleh seorang yang hodoh,
seluruh badan penuh dengan kudis,
Nanah dan darahnya sedang mengalir
Dengan ulat-ulatnya yang menjijikkan,
Baunya terlalu busuknya,
Meloyakan tekak dibuatnya,

Sekali-kali jangan buat dosa,
Ini adalah perbuatan hina dan sangat memalukan
Mungkin amal ibadah kita, tidak ada nilainya disisi Tuhan,
Tidak mengapa amal ibadah yang sedikit
Tapi tidak buat dosa, Allah Taala tetap redha,
Apa ertinya ibadah banyak bersama dosa
Tuhan tetap murka.


Nukilan: Ayahanda

KERDILNYA INSAN

Kerdilnya insan
Disini tempatnya insan berdiri,
Sujud kepada Illahi,
Deraian air mata berlinangan,
Terkenang kerdilnya insan,

Laungan talbiah bergema,
Setiap kata penuh makna,
Yang tersurat dan yang tersirat,
Menyedarkan kerdilnya insan,
Kaki melangkah mara,
Mulut berkumat kamit,
Hati penuh dengan sendu keinsafan

Terbayang kerdilnya insan,
Mohon keampunan,
Mohon keberkatan,
Penyesalan tidak terhingga,
Kerana kerdilnya insan,

Kini insan mula terjaga,
Dari hidup yang penuh keingkaran,
Gaung kemaksiatan yang membinasakan,
Itulah kerdilnya insan,
Allah maha esa,
Allah maha pemampun,
Allah maha mengetahui,
Akan kerdilnya insan,

Nukilan: Lina ms