puah dok sajo

Wednesday, May 31, 2017

PAGANISME: KEPERCAYAAN ATAU AGAMA?

“Jangan sebut Pagan
Apabila kita menyebut “Pagan”, sesetengah masyarakat akan beranggapan Pagan ataupun Paganisme adalah penyembah berhala kepada patung, batu dan pokok dan menganggap kehidupan seorang Paganist adalah kuno dan ketinggalan zaman.
Sesetengahnya juga mengatakan “kamu seorang Pagan mempunyai banyak Tuhan disembah dan jika kamu bukan seorang Kristian, Islam, Buddha dan Hindu, kamu adalah seorang Pagan. Pendek kata, jangan panggil saya Pagan dan jangan guna perkataan Pagan di dalam perkataan kamu. Ini menunjukkan perkataan Pagan seolah-olah merupakan satu senjata yang berbahaya digunakan oleh seorang pahlawan untuk menjatuhkan musuhnya.
Justeru itu, sesetengah masyarakat telah menggunakan perkataan alternatif seperti agama asal ataupun agama tradisi dengan tujuan supaya Paganist tidak dipandang rendah oleh masyarakat.
Akan tetapi sejauh manakah pemikiran dan perspektif masyarakat terhadap Pagan berubah walaupun kita tidak digalakkan untuk menggunakan perkataan ini?
Dari sudut renungan secara individual, saya ingin mengatakan bahawa pemikiran dan perspektif seseorang akan berubah sekiranya dia memahami siapakah itu Pagan ataupun Paganisme dan bagaimana nilai kehidupan sebenar mereka dengan lebih mendalam. Saya tidak melihat penggunaan perkataan Pagan akan menjejaskan maruah, menindas dan merendah-rendahkan martabat seseorang kerana perkataan Pagan digunakan secara universal oleh seluruh masyarakat dunia dari sejak dahulu lagi.
Penggunaan perkataan ini bergantung kepada pemahaman dan perspektif seseorang individu apabila mengutarakan dan membincangkan topik ini.


Apakah itu Pagan?
Christopher King dari University’s Archaeology Department mengatakan bahawa “Recent archaeological studies of paganism highlight that Paganism was not a formal religion with fixed doctrines and rules, but a very varied set of beliefs and practices through which local communities interpreted their world.  Selain itu, Marawolf of the Covenstead di dalam penulisannya pula mengatakan bahawa “Pagan is an umbrella term covering many different religions and belief systems, it is a spiritual way of life that rooted in the ancient nature religion. It is also sometimes referred as “The Old Religion”, pre-Christian religion. Pagan may practice different religions based upon their geographical location or cultural background”.
Pagan juga dirujuk sebagai “Polytheistic Religion” dimana mereka mempercayai banyak “Gods and Goddesses dalam penyembahan. Menurut definisi oleh nenek kepada penulis blog yang saya temui pula, Pagan merupakan kepercayaan yang diwarisi turun temurun dari nenek moyang dan menganggap pagan itu bukan agama kerana walapun saya seorang Kristian tetapi saya ada hak untuk mengamalkan kepercayaan ini.
Melalui perkongsian saya dengan seorang aktivis di Jogjakarta yang aktif dalam mempertahankan hak-hak budaya masyarakat Jawa mengatakan bahawa Pagan adalah suatu agama dasar dimana ciri-ciri asas Pagan yang menggunakan objek, simbol di dalam penyembahan mereka juga terdapat di dalam agama-agama seperti Kristian, Buddha dan Hindu.
Contohnya, agama Kristian menggunakan patung Jesus dan Maria didalam gereja. Begitu juga dengan agama Hindu dan Buddha dimana Hindu menggunakan patung Dewa Siva di dalam kuil dan Buddha menggunakan patung Bharma di tokong.
Ciri-ciri asas Pagan ini telah diadaptasikan dan diubah suai mengikut kesesuaian kepada agama-agama popular ini. Oleh itu, Kepelbagaian dalam pendefinisian ini menyebabkan persoalan “apakah itu Pagan” susah untuk dijelaskan secara terperinci.


KESIMPULAN
Kunci yang termudah untuk memahami maksud dari paganisme adalah konsep dari kepercayaannya dan faktor sejarah dibelakangnya yang sangat berkaitan dengan ritual-ritual yang dilakukan, paganisme bukanlah hal yang asing dalam kehidupan kita namun sangat asing jika kita mencuba untuk membedahnya, kerana semakin banyak yang kita tahu justeru semakin bertambah ketidak-tahuan kita, yang terpenting adalah mencuba untuk memahaminya dengan begitu semua hal yang kita tahu boleh kita susun dan diletakkan ditempatnya masing-masing.


Salam sayang buat semua