puah dok sajo

Wednesday, April 20, 2011

HIKAMAH BERSUJUD

Assalammualaikum wbk.

Terlebih dahulu izinkan saya panjatkan rasa syukur dan puji-pujian ke hadrat Allah swt. di atas restu dan izinNya yang mengatur dan memberi kekuatan untuk terus menyumbang dan bersama-sama para sahabat yang dirahmati. Selawat serta salam ke atas junjungan Nabi Muhammad ibni Abdullah saw., kepada para ahli keluarganya dan para sahabat baginda, para tabi'in dan tabi' attabi'in serta seluruh muslimin dan muslimat yang dirahmati dan dikasihi Allah swt. Kepada semua penggerak wadah egroups tercinta, saya doakan agar kalian terus-terusan mendapat panduan, kerahmatan dan bantuan dari Allah swt. Tidak lupa juga salam kerberkatan untuk semua sahabat yang lain yang mencintai akan kebenaran dan memperjuangkan akan keadilan. Dan kepada sahabat yang bukan beragama Islam, salam ceria dan sejahtera diucapkan.

Dengan izin barisan yang berusaha moderator. Di sini saya sisipkan artikel Rahsia dan Hikmah Sujud. Semoga menjadi panduan dan harapan kepada kita semua, insyaallah.

Sujud

Tahukah kita bahawa dalam bersujud ada pelbagai hikmah yang tersembunyi. Begitu juga perlu kita sedar bahawa tidak ada sesuatu pun ciptaan dan suruhan Allah itu sia-sia malahan setiap ciptaan Allah itu mempunyai kelebihan-kelebihan yang selalunya tidak terjangkal oleh akal manusia. Manusia melakukan sujud dalam dua bentuk :

1. Sujud fizikal sepertimana ketika bersolat
2. Sujud spiritual berbentuk ketaatan kepada perintah Allah dan menjauhi larangannya

Apa yang ditekankan disini adalah sujud fizikal. Ulamak mengatakan sujud ketika solat adalah waktu yang paling hampir antara kita dengan Allah swt. mengalakkan kita bersujud lama.

Dari segi ilmu perubatan, kesan sujud yang lama akan menambahkan kekuatan aliran darah ke otak yang boleh mengelakkan pening kepala dan migraine, menyegarkan otak serta menajamkan akal fikiran seterusnya menguatkan mentaliti kita.

Menurut DR.MOHD OSMAN NASIR, hikmah sujud antara lain ialah :

Melegakan sistem pernafasan (rilieved congestion for breathing).
Mengembalikan kedudukan organ ke tempat asalnya.

Bernafas ketika sujud akan :

Membetulkan buah pinggang yang terkeluar sedikit dari tempat asalnya.
Membetulkan pundi peranakkan yang jatuh
Melegakan sakit hernia.
Mengurangkan sakit senggugut ketika haid.
Melegakan bahagian paru-paru dari ketegangan
Mengurangkan kesakitan pada pesakit APPENDIKS @ SPLEEN (limpa)
Kedudukkan sujud paling baik untuk berehat dan mengimbang lingkungan bahagian belakang tubuh.
Meringankan bahagian PELVIS.
Memberi dorongan untuk mudah tidur.
Mengerakkan otot bahu, dada, leher, perut, punggung ketika akan sujud dan bangun darinya.
Gerakan otot-otot itu menjadikannya (otot) lebih kuat dan elastik,secara otomatik memastikan kelicinan perjalanan darah yang baik.
Bagi wanita, gerakan otot itu menjadikan buah dadanya lebih, mudah berfungsi untuk menyusukan bayi dan terhindar dari sakit buah dada.
Kegemukkan (obesity).
Bahagian otot memudahkan wanita bersalin, organ peranakan mudah kembali ke tempat asal serta terhindar dari sakit bergelombang perut (convulsions).
Otak manusia (organ terpenting) menerima banyak bekalan darah dan oksigen.
Pendarahan otak jika kita tiba-tiba menerima pompa darah ke otak secara kuat dan mengejut terhindarlah penyakit seperti APOPLEXIA RUPTURE OF BLOOD VESSELS DAN ARTE IOSECLEROSIS OF CEREBRUM.

Kesan psikologi adalah dengan merasa rendah diri di hadapan Pencipta serta sifat sombong, riak, takabur dapat dikikiskan.

Wassalam

Oleh
Shamsul Kamal bin Main

No comments:

Post a Comment