puah dok sajo

Wednesday, May 4, 2011

RASUAH BERLELUASA(drp 42 hadis akhir zaman)


Ertinya:

Daripada Muazd Bin Jabal r.a. berkata, aku telah mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda: “Ambillah pemberian itu selama ia masih sebagai pemberian. Tetapi apabila ia telah menjadi rasuah dalam pandangan agama maka jangan kamu mengambilnya. Namun kenyataannya kamu tidak akan dapat meninggalkan rasuah itu kerana kamu takut fakir dan kamu sangat berhajat untuk mengambilnya”.

H.R. At Thabrani dan Abu Nuaim

Keterangannya:

Di akhir zaman rasuah akan menjadi-jadi di masyarakat dan wang mempunyai kuasa untuk membeli pangkat dan kedudukan dan wang juga diperlukan untuk mendapat kemudahan dari pihak yang berpangkat dan berkuasa. Wang telah menjadi Tuhan yang disembah oleh setiap orang yang tamak dan rakus. Dalam keadaan yang sebegini rupa, orang sudah tidak mempedulikan sesiapa. Maka musnahlah akhlak dan runtuhlah segala budi dan yang wujud hanyalah kezaliman dan penindasan dari setiap lapisan terhadap lapisan yang memerlukannya.

No comments:

Post a Comment