puah dok sajo

Tuesday, May 3, 2011

Seluruh Dunia Datang Mengerumuni Dunia Islam (hadis ttg akhir zaman)

Hadis 03
Daripada Tsauban r.a. berkata: Rasulullah saw. bersabda; “Hampir tiba suatu masa di mana bangsa-bangsa dan seluruh dunia akan datang mengerumuni kamu bagaikan orang-orang yang hendak makan mengerumuni talam hidangan mereka”. Maka salah seorang sahabat bertanya “Apakah kerana kami sedikit pada hari itu?” Nabi saw. menjawab, “Bahkan kamu pada hari itu banyak sekali, tetapi kamu umpama buih di waktu banjir, dan Allah akan mencabut rasa gerun terhadap kamu dari hati musuh-musuh kamu, dan Allah akan mencampakkan ke dalam hati kamu penyakit ‘wahan”‘. Seorang sahabat bertanya, “Apakah wahan itu hai Rasulullah?” Nabi kita nenjawab, “Cinta pada dunia dan takut pada mati”. (Riwayat Abu Daud)
KETERANGAN
Memang benar apa yang disabdakan oleh Rasulullah saw. Keadaan umat Islam pada hari ini, menggambarkan kebenaran apa yang disabdakan oleh Rasulullah saw. Umat Islam walaupun mereka mempunyai bilangan yang banyak, iaitu 1,000 juta (1/5 penduduk dunia), tetapi mereka selalu dipersendakan dan menjadi alat permainan bangsa-bangsa lain. Mereka ditindas, diinjak-injak, disakiti, dibunuh dan sebagainya. Bangsa-bangsa dari seluruh dunia walau pun berbeza-beza agama, mereka bersatu untuk melawan dan melumpuhkan kekuatan Islam.Umat Islam hari ini, “diserang” dari setiap penjuru dengan pelbagai cara. Bahkan, serangan musuh-musuh Islam bagaikan kabur pada pandangan umat Islam, begitu halusnya perancangan mereka. Salah satu punca umat Islam menghidap penyakit “rabun penglihatan” ini adalah kerana mereka tamak dan lalai dalam mengejar isi dunia, mereka terpesona dengan keindahan ni’mat dunia yang Allah ciptakan sebagai ujian bagi mereka. Apabila hati sudah terpesona, dunia dicintai, maka….kematian amatlah dibenci, kerana kematian adalah dinding antara mereka dengan dunia.

Sebenarnya, segala kekalahan kaum Muslimin adalah berpunca dari dalam diri kaum muslimin itu sendiri, iaitu dari penyakit ‘wahan” yang merupakan penyakit campuran dari dua unsur yang selalu wujud dalam bentuk kembar dua, iaitu “cinta dunia” dan ‘takut mati”. Kedua-dua penyakit ini tidak dapat dipisahkan. “Cinta dunia” bermakna tamak, rakus, bakhil dan tidak mahu mendermakan harta di jalan Allah swt. Manakala “takut mati” pula bermakna leka dengan kehidupan dunia dan tidak membuat persiapan untuk menghadapi negeri akhirat dan tidak ada perasaan untuk berkorban dengan diri dan jiwa dalam memperjuangkan agama Allah swt.

Adakah Islam menyuruh kita menjauhi dunia ? duduk berzikir di masjid semata-mata kerana menyangka rezeki itu ketetapan dari Allah? tanpa berusaha?? Realitinya tidak begitu, ni’mat dunia ibarat kelengkapan asas kita untuk hidup mengerjakan ibadah pada Sang Pencipta. Kerjakanlah urusan dunia dengan bersemangat sebagai manifestasi ibadah kita pada Allah.

No comments:

Post a Comment